Thursday, July 15, 2010

Asas Community Policing



Asas 'COMMUNITY POLICING' adalah kerjasama dan penglibatan masyarakat dan polis dalam mencegah jenayah. dalam keadaan semasa, kerjasama dan penglibatan ini terbatas, kerana sikap masyarakat itu sendiri yang beranggapan bahawa tugas mencegah jenayah adalah tanggungjawab PASUKAN POLIS, dan juga persepsi negatif masyarakat terhadap polis.

Keberkesanan kepada perlaksanaan 'COMMUNITY POLICING' memerlukan perubahan sikap kedua-dua pihak, iaitu masyarakat dan polis, melalui program-program MESRA RAKYAT yang diatur secara berterusan bagi merapatkan jurang antara masyarakat dan PASUKAN POLIS. Warga PDRM perlu dilihat sebagai 'CONFIDANTE' rakyat. Untuk itu, setiap warga PDRM perlu berubah. Penampilan yang mesra rakyat harus ditonjolkan kepada masyarakat terutama oleh 'Frontliners'

Arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Dato' Hj. Hassan pada 11 Mac 2008, konsep COMMUNITY POLICING telah pun dan sedang dilaksanakn di semua kontinjen terutama di PULAU PINANG, KUALA LUMPUR, SELANGOR, dan JOHOR, melalui penubuhan pondok-pondok, balai-balai dan penemapatan anggota-anggota 'COMMUNITY POLICING' di taman-taman perumahan dan pusat-pusat perniagaan. Ia adalah sebagai satu langkah untuk mendampingi rakyat secara dekat bagi memberi keyakinan tentang kehadiran polis bersama mereka dalam usaha mencegah jenayah

Komuniti E-Kepolisan Masyarakat

Community Policing Selangor (COPS) adalah sebuah organisasi NGO yang ditubuhkan oleh pengasas Tuan Kuan Chee Heng untuk Daerah Puchong dan kini giat meluaskan penubuhannya ke semua daerah di Selangor dengan kerjasama dan naungan Ketua Polis Selangor.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan semua Kontinjen Polis membuat perancangan sistematik dengan mengambil kira penglibatan masyarakat dalam pencegahan jenayah.
Konsep Kepolisan Komuniti yang merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik Lima Tahun Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi 2007-2011 itu banyak membantu Polis mengurangkan kadar jenayah di beberapa lokasi di negara ini.
Konsep itu merupakan satu kaedah kepolisan masyarakat yang lebih efektif bagi membantu meningkatkan tahap perkhidmatan pasukan polis.

Menerusi community policing yang lebih efektif, tahap kerjasama masyarakat dan polis akan lebih baik. Hubungan rapat dengan masyarakat akan meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan pasukan PDRM terhadap penduduk,
Pelaksanaan konsep kepolisan komuniti itu dilakukan dalam tiga fasa. Fasa pertama melibatkan kontinjen polis di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor.
Fasa dua akan melibatkan kontinjen di semua negeri manakala fasa tiga akan dilaksanakan dan melibatkan semua kontinjen serta daerah di setiap negeri. Program itu dijangka dilaksanakan mengikut jadual sehingga tahun 2011.
Antara kawasan yang berjaya melaksanakan konsep itu ialah Taman Seri Maharani, Muar dan Taman Tan Sri Yaakub di Johor; Taman Wangsa Maju di Sentul, Kuala Lumpur dan Taman Ocean di daerah Timur laut, Pulau Pinang.
Taman Seri Maharani boleh diambil kira sebagai model konsep tersebut.
Kawasan berkenaan berjaya melaksanakan pelbagai program dengan penglibatan aktif masyarakat di taman perumahan itu. Kedudukan indeks jenayahnya adalah sifar sekali gus menjadi salah satu daripada penunjuk keberkesanannya.
Antara negara yang melaksanakan konsep itu ialah United Kingdom, Amerika Syarikat (AS), Hong Kong, Australia dan Singapura.
Orang ramai mungkin sedikit keliru dengan konsep polis komuniti. Ada yang mengatakan ia adalah satu segmen lain daripada konsep Rakan Cop.
Rakan Cop adalah program kepolisan masyarakat yang dilancarkan PDRM di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2005 untuk mengurangkan kadar jenayah di ibu kota serta lain-lain tempat di seluruh negara manakala community policing ialah kesinambungan daripada konsep itu.
Konsep dan garis panduan mengenai kepolisan komuniti ini akan dimantapkan dalam usaha meningkatkan kerjasama dan hubungan antara masyarakat dan polis.
Banyak cara untuk menambah keberkesanan kepolisan komuniti atau kejiranan ini, termasuk meningkatkan kesanggupan untuk bekerjasama dengan polis, sukarelawan polis dan penambahan sektor Rukun Tetangga.
Di bawah kaedah kepolisan komuniti yang lebih berkesan, YDH KPN mengarahkan community policing diwujudkan yang mana seseorang pegawai polis akan bertanggungjawab terhadap sektor tertentu.
"Apabila seseorang pegawai bertugas di kawasan berkenaan, beliau akan memperkenalkan dirinya kepada penduduk yang tinggal di situ sebagai Community Relation Officer. Beliau juga akan memberikan nombor telefonnya agar segala maklumat (orang awam) boleh disampaikan kepadanya,"
Bagi membincangkan masalah, cadangan serta pendapat yang dihadapi penduduk, mesyuarat antara polis dan penduduk juga akan diadakan. Ia penting bagi mendapatkan maklumat daripada orang awam tentang siasatan yang sedang dijalankan polis.
YDH KPN turut mencadangkan agar setiap Pejabat Polis Daerah mewujudkan Unit Community Policing sendiri dan berharap dengan strategi dan kaedah itu ia dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap jenayah di kawasan mereka.
Di Johor Bahru misalnya, kadar jenayah di situ telah menurun, tetapi persepsi masyarakat setempat adalah sebaliknya.
Konsep itu merupakan metodologi terbaru bagi menggantikan kepolisan konvensional dengan melibatkan masyarakat sendiri berperanan sebagai 'polis'.
Konsep kepolisan komuniti yang diwujudkan itu membantu mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan
"Penduduk boleh salurkan maklumat tanpa rasa takut. Saya harap orang ramai tidak lepaskan peluang membanteras jenayah menerusi kerjasama dengan pihak polis,"
Berganding bahu dengan polis tidak merugikan, malah dapat menyelesaikan masalah bersama.
"Jadikanlah polis dalam komuniti anda sebagai sahabat atau teman karib supaya tidak ada jurang. Ia penting dalam proses menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah,"
Pelaksanaan kepolisan komuniti oleh PDRM itu satu usaha yang amat baik kerana masyarakat harus sedar bahawa tugas membasmi jenayah bukan sahaja terletak di bahu pihak polis semata-mata.
"Masyarakat juga harus main peranan. Usaha ini bagus dan dilihat berkesan kerana dengan hubungan yang baik ini orang ramai akan menjadi 'mata dan telinga' polis.
"Ia sekali gus akan menakutkan dan menyukarkan kegiatan penjenayah
Sumbangan masyarakat yang sudi bekerjasama dengan pihak polis dalam menyalurkan maklumat, tidak boleh diperkecil dan dipandang ringan kerana sebagai ‘mata dan telinga’ polis, mereka lebih arif dan mengetahui apa yang terjadi di kawasan perumahan mereka.
Konsep ini merupakan metodologi terbaru bagi menggantikan kepolisan konvensional dengan melibatkan masyarakat sendiri secara langsung berperanan sebagai ‘polis’.
Masyarakat yang ditimpa kesusahan seperti terlibat dalam jenayah samun ataupun curi akan berasa selamat apabila ‘didampingi’ oleh anggota polis.
“Masyarakat akan berasa selamat sekiranya kita (polis) ada di situ untuk membantu mereka selesaikan masalah yang dihadapi,”
“Saya datang daripada kelompok masyarakat. Selepas bersara pun saya akan kembali kepada kelompok berkenaan.
“Jika sepanjang berkhidmat dalam polis saya bersikap ‘acuh tidak acuh’, macam mana masyarakat hendak menerima saya nanti,”
sekiranya polis memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat, nescaya mereka akan memberikan kerjasama yang terbaik kepada pasukan itu.
“Perkara ini jelas. Kalau kita bijak berdiplomasi dengan mereka, masyarakat akan memberi kerjasama yang baik semasa kita menjalankan tugas.
“Seharusnya kita sebagai polis yang perlu datang kepada masyarakat dan bukannya masyarakat datang kepada kita,”
Perkara tersebut mungkin nampak sukar, tetapi jika anggota polis bijak dalam mengatur tugas, amanah dan ikhlas, ia akan menjadi mudah.
Saya mendapat kepuasan apabila berjaya menolong masyarakat yang memerlukan bantuan.
“Puas sangat kalau dapat tolong. Kalau gagal rasa ralat dan terkilan kerana gagal untuk menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,”
Tidak pernah walaupun sekelumit di hati menyesal menyertai PDRM, malah menganggap kerjaya itu sebagai satu kebajikan.
Jangan sesekali memperlekehkan masyarakat kerana suatu hari nanti kita akan kembali kepada mereka.
“Sewaktu menjalankan tugas, cuba kita menjiwai dan selami perasaan mereka yang dalam kesusahan. Jangan sesekali kita berkasar dengan mereka, cuba kita letakkan diri kita di tempat mereka,”