Thursday, July 15, 2010

Asas Community Policing



Asas 'COMMUNITY POLICING' adalah kerjasama dan penglibatan masyarakat dan polis dalam mencegah jenayah. dalam keadaan semasa, kerjasama dan penglibatan ini terbatas, kerana sikap masyarakat itu sendiri yang beranggapan bahawa tugas mencegah jenayah adalah tanggungjawab PASUKAN POLIS, dan juga persepsi negatif masyarakat terhadap polis.

Keberkesanan kepada perlaksanaan 'COMMUNITY POLICING' memerlukan perubahan sikap kedua-dua pihak, iaitu masyarakat dan polis, melalui program-program MESRA RAKYAT yang diatur secara berterusan bagi merapatkan jurang antara masyarakat dan PASUKAN POLIS. Warga PDRM perlu dilihat sebagai 'CONFIDANTE' rakyat. Untuk itu, setiap warga PDRM perlu berubah. Penampilan yang mesra rakyat harus ditonjolkan kepada masyarakat terutama oleh 'Frontliners'

Arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Dato' Hj. Hassan pada 11 Mac 2008, konsep COMMUNITY POLICING telah pun dan sedang dilaksanakn di semua kontinjen terutama di PULAU PINANG, KUALA LUMPUR, SELANGOR, dan JOHOR, melalui penubuhan pondok-pondok, balai-balai dan penemapatan anggota-anggota 'COMMUNITY POLICING' di taman-taman perumahan dan pusat-pusat perniagaan. Ia adalah sebagai satu langkah untuk mendampingi rakyat secara dekat bagi memberi keyakinan tentang kehadiran polis bersama mereka dalam usaha mencegah jenayah

No comments:

Post a Comment